June 24, 2018

Ramadhan 2018

Alhamdulillah, sempat lagi saya dipertemukan dengan ramadhan yang mulia. Tahun ini dengan izin-Nya dapat saya laksanakan ibadat puasa ini sebaiknya. Mujur tekad di hati dipaut teguh, menjauh daripada si pengadu domba yang rahsianya saya genggam erat.

Saya berhari raya di kampung halaman, Kelantan. Dapatlah sedikit sebanyak menabur bakti memasak juadah di hari raya. Tetamu yang datang tak putus tiba. Walau pun penat, saya sangat berpuas hati. Abah dan ma saya tersenyum girang, walau pun kali ini serba kekurangan, tetamu yang datang tetap dilayan, diberi hidangan istimewa.

Tahun ini Amirul tidak dapat berpuasa penuh kerana demam yang melanda. Amirul terpaksa 'tuang' 2 hari puasa. Ikrarnya, akan diganti puasa itu bersama ibu. Setelah 2 minggu bercuti, lusa kedua2 anakanda tersayang, Amirul dan imani akan memulakan sesi persekolahan mereka semula.

Dek kerana penat dan fokus pada sambutan raya, foto kenangan meriahnya raya tahun ini hampir lupa untuk dirakam. Cuma terselit beberapa keping foto yang biasa. Namun bahagianya rasa, tetap terpahat erat di hati. 

 Bersama 'cousin' 

Posing sebelum raya

May 18, 2018

Kesayangan

Banyak perkara yang terjadi akhir2 ini. Saya berterusan menguruskan hal keluarga, baik di sini mahu pun di kampung. Kesihatan ibu saya tidak begitu baik meski pun sudah mendapatkan rawatan hospital. Sudah beberapa kali ibu saya hampir jatuh disebabkan imbangan badannya yang tidak stabil dan beberapa kali juga saya hampir memandu sendiri untuk pulang ke kampung yang jauhnya 7 jam perjalanan.

Amirul pula sedikit trauma setelah bertanding taranum kali ke 2 mewakili sekolah kafa. Ada sedikit kekeliruan semasa menuntut ilmu taranum dari seorang gurunya. Semasa majlis berlangsung, terlihat jelas ketakutan yang dialami. Terasa saya ingin berlari dan memeluk Amirul ketika itu. Amirul sangat takut dan gementar sehingga memberi impak keseluruhan majlis. Semua senyap dan membisu tatkala Amirul sedang mengalunkan bacaannya dengan sangat perlahan disebabkan kurang yakin dengan bacaannya kali ini.

Peristiwa itu memberi impak yang besar untuk Amirul. Sehingga kini saya masih cuba memulihkan semangatnya dan memujuk Amirul untuk tidak terlibat dengan sebarang pertandingan. Agak sukar menjelaskan keadaan Amirul ketika dia sedang bertarung dengan emosinya.

April 4, 2018

Parents Meet Up

'Parents meet up' Kinderkaizen sepatutnya diadakan pada Sabtu yang lepas, namun dek kekangan masa, saya terpaksa 'postpone' ke hari Selasa, iaitu semalam. Perjumpaan ibu bapa hanya berlangsung selama 30 minit. Ia sepertinya mengambil keputusan peperiksaan awal tahun di sekolah-sekolah yang berpandukan silibus pelajaran, yang mana perkembangan dan kemajuan murid diukur melalui keputusan peperiksaan. Berbeza di sini guru menyampaikan perkembangan terkini mengenai anak2 melalui hasil aktiviti harian yang dilakukan dengan mengambil kira komunikasi dan interaksi, kefahaman mengikut arahan, kerjasama, penyertaan dan sebagainya yang sangat penting untuk membentuk jati diri yang kukuh pada masa hadapan. Emosi yang stabil dan akhlak yang baik sangat ditekankan di dalam pembelajaran seharian.

Pada awalnya saya berkira2 untuk daftarkan Imani di sini memandangkan konsepnya bermain sambil belajar. Namun setelah 2 tahun di Kinderkaizen, banyak perkembangan dari segi 'attitude' yang saya lihat padanya seperti bertolak ansur, menghormati rakan, saling bantu membantu dan sebagainya yang dipelajari sambil bermain. Dari segi akademik, pada umur 4 tahun Imani boleh mengenal huruf dan nombor, dan kini sudah boleh membunyikan huruf tersebut serta sedang dalam proses mempelajari 'blending phonics' untuk membentuk perkataan, hanya dengan bermain. Pada umur 6 tahun pula, anak yang sudah bersedia untuk belajar akan mudah membaca, 'readiness'. Pembelajaran yang tidak sekali2 menolak sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain.

Berbeza dengan Amirul, semasa kecil, seawal 2 tahun sudah mengenal huruf, nombor, bentuk dan warna. Saya lebih menekankan pembelajaran dan sedikit bermain kerana bimbang Amirul akan ketinggalan daripada rakan2 sebayanya. Pada saya ianya merupakan salah satu aspek kemajuan dalam perkembangan kanak2 apabila anak yang masih kecil ini sudah boleh mengenal semua itu. Pemikiran yang masih di takuk lama.

Belajar sambil bermain sangat penting untuk anak2 di awal usia mereka. Dengan bermain, segala 'skill' akan 'developed', (rujuk Ramlah Jantan-UPSI) bukan hanya menumpu kepada pelajaran yang pasti akan memberikan tekanan seterusnya membataskan kemahiran dan kreativiti mereka. Sayangnya Amirul terlepas 'moment' ini semasa kecil.

Di bawah ini, disertakan photo2 aktiviti Imani di Kinderkaizen Manjung.

 Melukis dan mewarna matahari 
mengikut kreativiti sendiri

 'Blending phonics'

 Art Time

 Outdoor activity di Vale Ecopark 
Teluk Batik

 Outdoor Activity, Jungle and Nature

 Membuat Busy Book

 Mereka bentuk alatan dan
membuat eksperimen

Belajar sambil bermain : Phonics

April 3, 2018

Family Hall

Projek DIY saya pada minggu lepas adalah mengubah ruang bekerja 'hubby' (family hall) menjadi medan ilmu kami sekeluarga. Ruang masih banyak yang kosong. Berkonsepkan pejabat dan perpustakaan mini, saya akan membuat penambahan rak buku dan bahan bacaan. Dinding pula akan dihiasi dengan lukisan mural agar suasana lebih mendamaikan. 'Hubby' yang kebiasaannya mengaji di bilik solatnya, sudah mula beralih tempat ke meja 'study'.

Begitu juga Amirul, sebelum ke sekolah, sudah mula mengalunkan surah Al-Waqiah, dan Surah Al-Mulk sebelum tidur. Alhamdulillah, moga terus istiqomah. Sudah tiba masanya saya mengubah dekorasi di dalam rumah seperti yang saya inginkan. Sebelum ini saya biarkan beberapa tempat, kosong tanpa perabot untuk memberi ruang anak2 syurga saya bermain.

Bahagian seterusnya ialah bilik Amirul yang akan saya warnakan mengikut warna kegemarannya iaitu biru. Hiasan dinding dengan medal dan sijil daripada beberapa pertandingan dan anugerah.

Bahagian 'car park' pula akan dibuat dekorasi yang minimal kerana saya merancang untuk membuat kebun bandar mini dengan tanaman sayur sayuran dan buah-buahan. Semoga saya punya kekuatan untuk merealisasikan keinginan ini.


Saya bercadang membuat mural di ruang kosong
bersebelahan rak buku.


Photo yang diletakkan di atas rak buku merupakan projek DIY saya beberapa tahun lepas. Saya bercadang untuk menambah beberapa hiasan 'canvas frame' yang ingin saya DIY kan juga. Namun, setelah mengetahui wujudnya applikasi 'Photobook Worldwide', saya sedikit lega kerana pastinya akan memudahkan kerja DIY saya nanti. Cuma memerlukan sedikit proses 'editing' menggunakan aplikasi Photoshop sebelum di 'email' kepada mereka. Ianya sangat murah dan mudah.


Online Servis: 
Hardcover Photobooks, Photo Prints, Home Decor dan Calendar

April 2, 2018

Bertahan dan Melupakan

Jam di dinding sudah semakin menghampiri ke angka 12.00 malam. Mata saya masih segar walau pun badan sudah agak penat dengan rutin seharian. Saya tergerak untuk berkongsi sedikit rasa hati 'seorang saya' yang telah dan sedang diduga dengan berbagai ragam kehidupan. Walau apa pun rasa yang wujud, 'seorang saya' tetap berdiam. Saya kunyah hancur dan telan. Gusar sekiranya dikupas, diluah, kucar kacirlah keadaan.

Saya masih mampu bertahan walau pun ada perkara kurang enak terdengar di telinga. Diam saya bermakna, terlihat dungu di mata mereka. Ya dungu untuk menutup cerita. Saya menyampai pada yang saya percaya yang akhirnya juga berpaling muka. Baiklah, saya akan terus berdiam kerna saya tidak perlukan hakim di kalangan manusia. Saya juga tidak perlukan sokongan sesiapa. 

Moga Allah kuatkan hati saya untuk terus menjadi 'bisu' dan menjauh dari mereka supaya hati saya rapi terjaga. Menegur sekadar berbahasa, jika berlebihan pasti dimanipulasi lagi dan lagi. Cukuplah cerita sedia yang sentiasa di'bidaahkan' demi kepentingan diri. Saya beralah, saya mengalah, tak mengapa asalkan tidak terputus saudara. Saya sayangkan setiap hubungan yang terjalin. Allah juga membenci sesiapa yang tega memutuskan siratulrahim.

Jika hati resah rasa bersalah, mohonlah maaf. Lembutkan hatimu. Hiduplah dengan tenang. Esok lusa jika diambil yang dipinjam, rugilah kita. Diambil jasad, ditinggalkan kenangan yang tiada untuk dikenang. Saya juga sentiasa memohon maaf walau pun bukanlah salah saya sepenuhnya. Nabi juga ampunkan umatnya, siapalah kita untuk menolak kemaafan saudara seagama.

Didiklah hati untuk sentiasa memaafkan. Campak buang ego si pendosa. Cari kemanisan bersaudara.


Ehsan Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...