Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemas Kini

Scroll ke bawah untuk post terkini


Blog ini masih dikemas kini...





June 15, 2017

Sukarnya Bersahabat

Tiada tempat untuk saya meluahkan rasa hati dan saya terpaksa menaip lagi di blog ini. Sudah terlalu lama, lima tahun rasanya. Blog ini akan saya betulkan gaya penulisannya sesuai dengan anjakan masa.

Saya sudah punya dua cahaya mata, lelaki dan perempuan. Putera saya, Amirul Mukminin sudah berusia 9 tahun. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia saya. Penyakit saya pada sembilan tahun lepas, berkemungkinan besar meragut nyawa. Allah berkuasa ke atas segala-galanya. Saya masih diberi nafas sehingga kini, masih diberikan peluang untuk menikmati hidup. Walau pun penyakit saya seperti bom jangka, yang boleh saja meletup pada bila-bila masa, namun saya masih mampu bertahan, dengan kuasa Allah. Dan sehingga kini saya masih sedaya upaya cuba bertahan, walau pun berulang kali saya hampir tewas.

Lima tahun kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Ada khabar gembira, dan banyak pula yang duka. Di sini saya ingin sekali berkongsi duka mengenai sahabat. Sedari dulu, saya tidak punya sahabat baik. Saya bersahabat dengan semua lapisan, tidak mengira agama, bangsa mahu pun umur. Saya sangat menghormati sahabat. Peristiwa ini berkaitan kelab sukan yang putera saya sertai. Putera saya baru beberapa bulan bertukar kelab sukan kegemarannya. Bermula dengan salam persahabatan dari orang yang menerajui kelab. Awalnya, kami hanya berbalas mesej bertanya isu mengenai putera saya, berlanjutan dengan perkara-perkara lain. Saya sangat selesa bersahabat dengannya.

Sayangnya, tersalah menilai, dalam masa yang sama, saya juga menerima salam persahabatan dari seorang guru penasihat sukan tersebut di sebuah sekolah, di mana latihan sukan itu dijalankan setiap hujung minggu. Saya juga selesa bersahabat dengannya. Saya gembira dengan perkembangan tersebut dan sering bercerita dengan suami.

Namun saya tidak langsung terfikir, persahabatan yang baru bermula terpaksa saya akhiri disebabkan beberapa peristiwa yang sangat menyedihkan. Saya terpaksa menarik diri. Persahabatan yang keseluruhannya melibatkan emosi, antara dua individu baru, yang saya langsung tidak kenali sifat dan sikapnya, sangat sukar untuk diteruskan. Saya sangat berduka cita. Namun, kesihatan saya harus diutamakan. Sudah beberapa malam saya tidak mendapat kualiti tidur yang sempurna. Kepala saya mula berpusing. Gusar akan berakhir dengan duka, saya terpaksa merelakan diri dipersalahkan. Biarlah saya tidak baik di mata mereka, namun tidak di sisiNya.

Saya tidak mempunyai kekuatan untuk berbicara tentang kebenarannya kerana ia sangat menyakitkan. Jadi biarlah saya yang mengalah.

"Maturity is when you can't destroy someone who did you wrong...
but you choose to breath, walk away and let life take care"

0 comments: