Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemas Kini

Scroll ke bawah untuk post terkini


Blog ini masih dikemas kini...





July 24, 2017

Demam

Alhamdulillah saya seorang yang tidak mudah sakit. Tapi hari ini saya demam dan tiada daya untuk bergerak. Semasa menghantar dan mengambil abang dan adik ke sekolah, saya hampir pitam. Mujur saya cepat2 basahkan badan dan berehat. Petang, saya langsung tidak boleh bergerak. Hanya baring dan pejamkan mata. 

Adik yang masih tidak mengerti, sentiasa ingin menarik perhatian saya, menyanyi dan bercerita. Abang pula, ingin ditemani tidurnya. Saya akur dengan kehendak mereka. Tidak sanggup rasanya menolak permintaan mereka yang hanya menagih sedikit perhatian.

Moga kesakitan ini menjadi penghapus dosa2 saya.

Penghibur hati

0 comments: