July 8, 2017

Hafazan

Surah kegemaran saya setakat ini adalah Surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah. Walaupun hidup saya sentiasa diuji dengan ujian yang bewarna warni, saya seperti merasakan tiada apa yang berlaku dan mudah pula melupakan walaupun sebagai manusia biasa, ianya meninggalkan kesan di hati. Mungkin amalan surah2 terpilih ini membuatkan saya berasa tenang. 

Saya amalkan membaca surah ini di awal pagi semasa menghantar anak ke sekolah dan semasa memasak. Serius, surah2 ini sangat membantu. Saya perdengarkan surah ini kepada Amirul dan Imani. Kanak2 hatinya bersih, mudah mengingati. Alhamdulillah, adik yang berumur 4 tahun sudah boleh mengingati dan menghafal. Moga saya terus istiqomah.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...