Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemas Kini

Scroll ke bawah untuk post terkini


Blog ini masih dikemas kini...





July 3, 2017

Kehidupan

Hari ini anak2 memulakan rutin persekolahan dan saya juga akan sibuk menguruskan jadual mereka seperti biasa. Pagi ini saya sudah selesai dengan tugasan rumah. Saya ambil sedikit masa untuk menaip di sini.

Semalam, fikiran saya dibawa ke waktu saya di tingkatan empat. Saya bangun pagi dengan senyuman di bibir. Tidak sabar meneroka hari2 dengan pelbagai aktiviti. Semuanya membahagiakan.

Namun kehidupan tidak selamanya indah, semasa di tingkatan lima, saya telah mula diuji dengan percintaan yang tidak sepatutnya berlaku. Di universiti, masih dengan percintaan yang saya langsung tidak terfikir dan saya terpaksa mengelak. Semasa bekerja, saya masih diganggu dengan bekas kekasih. Sehinggalah saya ingin dijodohkan dengan sepupu yang saya langsung tidak punya perasaan suka. Namun, jodoh terbaik untuk saya dengan insan yang berhati mulia. Allah sebaik2 perancang. Setelah berumahtangga, saya tetap diuji dengan perasaan begini. Ditambah dengan penyakit yang agak berbahaya. Sesungguhnya, saya insan yang lemah.

Walau pun saya punya segalanya, saya masih merasakan ada satu ruang di hati yang masih belum terisi. Saya berdoa semoga sentiasa berada di jalan yang lurus, namun tetap diberi jalan yang berliku. Saya hampir tewas.

Hafazan Al-Quran masih di tahap yang sama, terhenti seketika, kerana beberapa bulan yang lepas, saya gagal mengawal perasaan saya. Saya dihanyutkan oleh satu perasaan yang telah lama hilang. Saya bahagia walau cuma seketika. Saya sedang berusaha untuk melupakan segala2 nya.

Kini, saya perdengarkan lagi suara dan bacaan Al-Quran seisi rumah yang menjadi rutin saya sebelum ini. Moga Allah genggam hati saya, jangan pernah lepas lagi.

0 comments: