Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemas Kini

Scroll ke bawah untuk post terkini


Blog ini masih dikemas kini...





July 21, 2017

Tiada selera

Kebelakangan ini abang dan adik tidak berselera untuk makan. Saya sangat risau, kedua2 nya lesu dan tidak bermaya. Saya cuba membuat makanan kegemaran mereka, namun tidak berjamah. KFC yang menjadi kesukaan kanak2 juga tidak dipandang.

Terinspirasi dengan seorang sahabat, Izza Ismail yang berada di Saudi, sangat gigih menyediakan bekal ke sekolah untuk anak2 nya, saya cuba meniru bento yang disediakan dan mendeko makanan mereka menyerupai watak komik yang pernah dilihat di televisyen.

Alhamdulillah mereka makan sambil tersenyum girang dan makanan mereka juga habis.

 
Olaf - Frozen

Minion

Adudu - Boboiboy

Sleeping bear



0 comments: