Showing posts with label Amirul. Show all posts
Showing posts with label Amirul. Show all posts

March 8, 2018

Pertandingan Tilawah

Semalam 7/3/2018 Amirul telah menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Manjung. Amirul sedikit gugup kerana pertama kali beraksi secara 'live' di hadapan penonton dan peserta yang agak ramai. Saya sangat berterima kasih kepada guru2 sekolahnya yang memberi peluang kepada Amirul menyertai Majlis Tilawah ini. Pengalaman pertama kali bertaranum yang saya pasti menjadi sebahagian daripada kenangan manisnya kerana Amirul sangat suka mengikuti taranum dari beberapa ustaz di 'Youtube'. Rezeki juga untuk saya dan suami berpeluang mendengar anak mengalunkan ayat Al-Quran setiap malam secara berlagu dan sangat menenangkan.

Terima kasih juga untuk Ustaz Yusof yang dipanggil 'atok' oleh Amirul kerana tidak jemu melatih Amirul bertaranum. Selepas ini Amirul akan meneruskan kelas taranumnya dengan Ustaz Yusof. Semoga Amirul akan sentiasa istiqomah dalam mencintai Al-Quran. Melihat usaha dan kesungguhan abang, adik juga seperti berminat di dalam bacaan berlagu Al-Quran. InsyaAllah pada tahun hadapan kami akan daftarkan adik ke kelas taranum bersama abang.

Sedang mengalunkan bacaan Al-Quran bertaranum

 Bersama Amsyar yang turut bertanding
(cucu Ustaz Yusof)

Aisyah (Johan Tilawah Daerah Manjung 2017)
Cucu Ustaz Yusof

Bersama Ustaz Yusof

 Beriadah sambil berlatih

Bermain bersama adik

February 26, 2018

Miracle Baby

Sebenarnya masih sukar untuk saya mempercayai kehadiran seorang bayi ajaib yang lahir pada tahun 2008. 'Miracle baby', Amirul Mukminin bin Iswardy, rezeki pertama yang berada di dalam rahim setelah 2 minggu saya dan suami sah sebagai suami isteri.

Ditakdirkan di awal tempoh empat bulan kehamilan, saya diuji dengan penyakit, (lihat SINI), yang mengubah seluruh hidup saya. Setelah kandungan berusia 6 bulan, saya diminta untuk menggugurkannya, bimbang sekiranya penyakit saya akan menjadi serius jika janin semakin membesar. Polisi perubatan, jika ibu didapati bermasalah ketika tempoh kehamilan, ibu akan diutamakan terlebih dahulu (bergantung kepada kes). 'It's mother first'. 

Saya berasa sangat sedih. Namun saya dan suami mengambil keputusan untuk meneruskan kandungan dan bergantung penuh kepada Allah s. w. t. Kelahiran secara 'cesarean' semasa kandungan berusia 32 minggu menyebabkan beberapa komplikasi kepada 'baby'. Dengan berat hanya 2.1 kilogram, 'baby' terpaksa diletakkan di bawah unit kawalan rapi selama hampir sebulan. 

Saya dan suami sudah bersedia di atas sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Kami jangkakan bayi yang lahir itu tidak akan sesempurna kanak2 normal yang lain kerana selama tempoh rawatan, pelbagai jenis ubat-ubatan telah diberikan supaya saya terus bertahan. Namun kuasa Allah, pada tanggal 25 Ogos 2008, bayi yang dinamakan Amirul Mukminin telah selamat dilahirkan dalam keadaan cukup sempurna. Perasaan lega dan puas bersilih ganti. Allah kurniakan rezeki di awal perkahwinan kami walaupun diuji dengan begitu hebat.

Amirul membesar dengan sihat. Namun, ketika Amirul berumur 7 tahun, kami mula mengesan sesuatu padanya, 'slow development' terutamanya dari segi pembelajaran. Disebabkan itu, saya membuat beberapa keputusan drastik dengan menukarkan sekolah Amirul dari sekolah 'private' yang sarat dengan jadualnya ke sekolah kebangsaan. Dari pemerhatian saya, selama setahun Amirul berada di sekolah ini, emosi Amirul sangat terganggu. Mungkin disebabkan kemampuannya yang terbatas.

Di sekolah baru, Amirul lebih bebas bergerak, mendapat perhatian yang lebih baik dan berpeluang menyertai beberapa aktiviti sekolah. Amirul diberi peluang memegang jawatan pengawas pusat sumber sekolah, mengetuai beberapa sesi bacaan Al-Quran, mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah, softball dan bola baling. Saya juga mendaftarkan Amirul di dalam sukan taekwondo supaya setiap pergerakan mampu merangsang deria Amirul untuk memberi tindakbalas yang lebih cepat.

Alhamdulillah, prestasi Amirul semakin positif dan kini masih mengikuti proses terapi yang saya lakukan melalui pembacaan artikel2 untuk rawatan bagi kanak2 begini seperti menunggang kuda, berenang, terapi sensori dan sebagainya. Amirul 'miracle baby' yang Allah hadirkan dalam hidup kami kini membesar seperti kanak2 normal.

Menunggang Kuda (Hippoterapi)

'Swimming' bersama ayah dan adik

 
'Hiking' (kekuatan fizikal)

    
Memasak (mengikut arahan)

Taekwondo (self-confidence)

February 14, 2018

Anugerah Kokurikulum - 2017 (TB)


Kepuasan - Anugerah Kokurikulum

Terima kasih kepada semua jurulatih taekwondo Amirul sama ada kelab terdahulu Warrior Speed Power (WSP) dan terkini (DS) yang banyak membantu Amirul dari segi teknik2 mempertahankan diri dan meningkatkan keyakinan diri. Sikap dan emosi Amirul banyak berubah sejak menyertai sukan taekwondo. Saya sendiri terhutang budi kepada jurulatih2 ini. Walau apa yang terjadi, segala jasa yang diberi tak pernah kami lupa.

Warrior Speed Power Club (WSP) - Kelab Terdahulu
di bawah bimbingan Master Adiputra

DS Club - Kelab Terkini
di bawah bimbingan Master Eruan

Terdahulu, gabungan kedua2 jurulatih ini sangat hebat dan harmoni. Kami doakan yang terbaik untuk kedua2 kelab ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...