Showing posts with label Keluarga saya. Show all posts
Showing posts with label Keluarga saya. Show all posts

May 18, 2018

Kesayangan

Banyak perkara yang terjadi akhir2 ini. Saya berterusan menguruskan hal keluarga, baik di sini mahu pun di kampung. Kesihatan ibu saya tidak begitu baik meski pun sudah mendapatkan rawatan hospital. Sudah beberapa kali ibu saya hampir jatuh disebabkan imbangan badannya yang tidak stabil dan beberapa kali juga saya hampir memandu sendiri untuk pulang ke kampung yang jauhnya 7 jam perjalanan.

Amirul pula sedikit trauma setelah bertanding taranum kali ke 2 mewakili sekolah kafa. Ada sedikit kekeliruan semasa menuntut ilmu taranum dari seorang gurunya. Semasa majlis berlangsung, terlihat jelas ketakutan yang dialami. Terasa saya ingin berlari dan memeluk Amirul ketika itu. Amirul sangat takut dan gementar sehingga memberi impak keseluruhan majlis. Semua senyap dan membisu tatkala Amirul sedang mengalunkan bacaannya dengan sangat perlahan disebabkan kurang yakin dengan bacaannya kali ini.

Peristiwa itu memberi impak yang besar untuk Amirul. Sehingga kini saya masih cuba memulihkan semangatnya dan memujuk Amirul untuk tidak terlibat dengan sebarang pertandingan. Agak sukar menjelaskan keadaan Amirul ketika dia sedang bertarung dengan emosinya.

March 27, 2018

Tilawah 2018

Saya menjemput Amirul pulang dari sekolah hari ini seperti biasa. Ada kelainan pada raut wajah Amirul, sedikit ceria dan saya terus bertanya perkara yang menyebabkannya berlainan laku. Amirul dengan gembira mengatakan Amirul mendapat tempat ke empat untuk pertandingan tilawah tempoh hari. Alhamdulillah anak, ibu benar2 terharu. Percubaan pertama Amirul bertaranum. Namun saya sedikit terkilan kerana saya tidak dapat menyaksikannya mengalunkan bacaan tersebut buat kali pertama. Apa pun saya sangat bersyukur, semoga Al-Quran akan sentiasa menjadi penemanmu juga sebagai saham untuk ibu dan ayah di sana nanti.

 Mengajar adik Qiraati

March 24, 2018

Taekwondo Koko Krunch 2018

Pada 17 hb yang lalu Amirul telah menyertai pertandingan Taekwondo tajaan Koko Krunch 2018 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Amirul perlu bertanding sebanyak 6 kali bagi memenangi pertandingan kategori 'Fly'. Malangnya Amirul hanya bertahan sehingga ke pusingan ketiga di sebabkan lawannya seorang yang agak tinggi. Latihan Amirul harus di 'upgrade' untuk berdepan dengan lawan yang fizikalnya tinggi. Kaki Amirul hanya mampu diangkat ke aras paha lawan dan tidak mendapat 'point' yang sepatutnya, sebaliknya bagi pihak lawan sangat mudah mendapat mata dengan hanya menendang ke sasaran yang tepat.

Selama 4 tahun menyertai perlawanan Taekwondo, ini kali pertama Amirul tidak mendapat apa2 'medal' seteruskan gagal menempatkan diri ke peringkat akhir tajaan Koko Krunch. Juga merupakan pengalaman pertama untuk Amirul setelah beralih ke kategori baru dan semestinya memerlukan latihan yang lebih intensif. InsyaAllah Amirul akan menyertai perlawanan seterusnya pada bulan Mei nanti.

 
 Latihan 'fighter' setiap Sabtu malam

Bersama adik sebelum bermula perlawanan

 Dewan Millenium, Kepala Batas

Sebelum bermula perlawanan

Sebaik Amirul tewas dalam perlawanan ini, kami terus bertolak ke rumah adik di Pendang, Kedah. Cuti sekolah sudah bermula. Saya dan anak2 pulang ke kampung bersama adik tanpa suami kerana sukar untuk mendapat cuti yang panjang. Kami pulang selama 5 hari bagi menguruskan ma saya yang uzur. Cuti kali ini kami cuba merawat ma sebaik mungkin supaya lebih selesa dengan keadaan barunya yang sukar untuk bergerak disebabkan sakit di bahagian tulang belakang. Kami telah membeli kerusi roda dan tilam yang tebal untuk minimalkan geselan dan pergerakan sekaligus mengurangkan rasa sakit. Memandangkan kami adik beradik tinggal berjauhan, kami terpaksa mengupah orang untuk menjaga ma supaya dapat memantau setiap pergerakan semasa di rumah.

Cuti kali ini disertai anak2 saya dan adik. Rumah agak riuh rendah dengan suara anak2 yang seronok bermain bersama sepupu yang lebih kurang sebaya. Selama 5 hari bercuti, anak2 sudah hilang idea untuk bermain dan saya membawa mereka ke taman permainan Tengku Anis di Pangkalan Chepa supaya keadaan terus terkawal. Alhamdulillah, walaupun dengan cuti yang pendek, kami masih dapat menyelesaikan beberapa perkara yang saya kira penting untuk penjagaan ma.

Bersama 'cousin' di Taman Tengku Anis

Bersama 'cousin', Hadif Huzair

February 18, 2018

Cuti CNY

Cuti CNY tahun ini kami pulang ke Kelantan, mengurus dan menziarah ma saya yang semakin uzur. Sedih melihat keadaan ma kali ini, kuatnya ma menghadapi dugaan Allah. Kali ini juga saya pulang untuk meraikan kelahiran anak buah yang ke-7 di dalam keluarga, Orked Nadirah.

Kami bercuti selama 4 hari dan hari ini sangat berat rasanya hati untuk pulang ke Perak. Saya cium ma berkali2, saya peluk sekuatnya. Hanya doa yang mampu saya titipkan untuk ma dari kejauhan.

Dalam perjalanan pulang ke Perak, Amirul dan adik 'request' untuk singgah di 'Chinese Mosque', Rantau Panjang. Kami juga sempat berhenti rehat di Jeti Tasik Banding dan mengambil foto model Kereta Perisai yang pernah digunakan oleh prajurit2 terdahulu untuk membanteras Komunis.

Kami tersangkut agak lama di dalam kesesakan jalan raya bermula dari Bukit Titiwangsa. Agak memenatkan, perjalanan kali ini mengambil masa hampir 12 jam.

Chinese Mosque

Tasik Banding - Hutan Royal Belum

Tasik Banding

Kereta Perisai

February 14, 2018

Throwback Cameron Highland - Ogos 2017

Blog ini merupakan medium luahan perasaan saya satu tika dulu. Ada beberapa 'post' yang telah saya tukar kepada 'draft'. Sudah agak lama juga saya tinggalkan penulisan di blog. Selepas ini akan ada 'throwback story' yang akan saya update untuk bacaan saya nanti di dalam 'Azwa Life Journey'.

'Throwback' kali ini berkaitan percutian di Cameron Highland pada bulan Ogos 2017 yang lepas. Rancangan awal adalah untuk sambutan hari lahir hubby, Amirul dan juga adik. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.  Cuaca pada waktu itu sangat sejuk ditambah dengan hujan renyai2 di sepanjang hari. Saya yang tidak tahan dengan cuaca sejuk, kerap kali dikejutkan dengan 'signal' kejang pada bahagian kaki dan hubby harus sentiasa bersedia menjadi penyelamat.

Aktiviti lazim jika ke sana adalah memetik strawberi, melawat ladang teh, membeli 'souvenir', sayuran segar dan sebagainya. Percutian selama 3 hari 2 malam ini turut disertai ahli keluarga dari Kelantan.

 Cousin

 Keluarga dari Kelantan

Bersama abang Hakim

Penyelamat kesayangan saya

February 10, 2018

Hari Minggu

Sabtu yang agak sibuk. Amirul ke kelas kafa, Pusat Pengajian Balkis untuk Program 'Amali Solat' dari jam 8.30 pagi sehingga 2.00 tengahari. Bagusnya sekolah begini yang sentiasa menekankan asas solat dalam diri murid2. Semoga sekolah ini akan terus maju dan melahirkan anak bangsa yang benar2 hebat dalaman dan luarannya.

Malam ini dan pagi esok Amirul akan ke Kompleks Sukan TLDM untuk latihan taekwondo. Petangnya pula latihan 'personal coaching' di rumah yang saya ambil khas untuk melatih Amirul supaya lebih bersedia untuk perlawanan yang akan datang. Situasi Amirul kini sedikit sebanyak menggamit memori saya semasa bersekolah dahulu. Saya bekas pemain hoki dan sangat gemar bersukan. Rindu saat itu.

Hubby masih dengan tujuan asal, belajar dan terus belajar selok belok pasaran saham tempatan dan luar negara. Saya pula melayan adik bermain sambil belajar mengenai 'pola baju' untuk jahitan. Belum punya masa yang sesuai untuk ke kelas menjahit. Bagusnya jika saya mempunyai sahabat yang mahir dalam jahitan.

February 8, 2018

Sakit

Dua minggu lepas, adik mengalami sakit perut yang berulang. Kemungkinan besar disebabkan oleh 'colic'. Adik semakin lemah dan lesu. Kami ke klinik mendapatkan rawatan.

Walau pun 4 hari sudah berlalu, adik masih lemah dan kurang selera makan. Ke doktor sudah, berurut pun sudah. Ikhtiar lagi, sebelum tidur saya sapukan minyak angin dan gosok2 badan adik, kali ini lebih lama sambil memperdengarkan bacaan al-quran. Keesokannya adik seperti bermain perang angin. Adik kembali aktif.

Bersilih ganti, ujian untuk si abang pula. Bengkak di dalam mulut dan hidung. Alergik mungkin. Suara abang sedikit garau. Saya mula risau, Amirul dipilih mewakili sekolahnya untuk pertandingan taranum. Kurang lebih, ada lagi 3 minggu untuk mempersiapkan diri. Moga Amirul cepat sembuh dan dapat beraksi dengan baik di pentas nanti.


January 27, 2018

Perancangan 2018

Pada hari Sabtu yang lepas, Amirul mula mengikuti latihan pertama taekwondo untuk sesi 2018, rutin latihan di bawah didikan Master Eruan. Adik juga telah saya daftarkan supaya mereka boleh bersaing sesama sendiri.

Di sekolah, Amirul terlibat dengan sofbol, bola baling, taranum dan juga nasyid. Mungkin potensi Amirul mula dilihat dengan sukan taekwondo dan taranum pula melalui asas yang dipelajari pada tahun 2015.

Tahun ini adik bersekolah pada sesi pagi, jadi saya mencuri sedikit masa mengikuti kelas 'English Communication' dan Bahasa Arab. Bahasa yang boleh membantu saya untuk menghafal surah dengan mudah.

Begitu juga dengan 'the other half' yang tidak pernah jemu menyokong hasrat yang saya suarakan, sudah semakin menguasai saham FCPO yang dipelajarinya sejak 4 tahun lalu.

Semoga tahun ini akan memberi lebih banyak peluang untuk saya belajar dan menghargai setiap detik masa yang tersisa.


Taranum (2015)

Adik (Kinderkaizener) 

Taekwondo (adik & abang)


LOVE MUCH BOTH OF YOU.

October 16, 2017

Aktiviti

Usai bersarapan roti canai 'homemade', air tangan hubby, saya bergegas menghantar Amirul untuk kelas talaqi di Al-Baghdadi. Sebelum ini Amirul hanya mengaji di rumah. Di Al-Baghdadi sudah pasti Amirul akan mendapat tunjuk ajar yang lebih formal beserta hukum tajwid dan makhraj yang betul.

Di rumah, Amirul sudah di juzuk 10, namun saya minta diulang dari awal supaya Amirul lebih jelas dengan makhraj.

Aktiviti hiking terpaksa saya tukarkan ke hari Ahad. Esok pagi jam 8 saya akan mendaki tanpa ditemani sesiapa.


Hiking - Bukit 300 Teluk Batik (TB)

July 24, 2017

Demam

Alhamdulillah saya seorang yang tidak mudah sakit. Tapi hari ini saya demam dan hampir pitam semasa mengambil adik dan abang dari sekolah. Mujur saya cepat2 basahkan badan dan berehat.

Adik yang masih tidak mengerti, sentiasa ingin menarik perhatian saya, menyanyi dan bercerita. Abang pula, ingin ditemani tidurnya. Saya akur dengan kehendak mereka. Tidak sanggup rasanya menolak permintaan mereka yang hanya menagih sedikit perhatian.

Moga kesakitan ini menjadi penghapus dosa2 saya.

Penghibur hati

July 21, 2017

Tiada selera

Kebelakangan ini abang dan adik tiada selera makan. Saya sangat risau, kedua2 nya lesu dan tidak bermaya. Saya cuba membuat makanan kegemaran mereka, namun tidak berjamah. KFC yang menjadi kesukaan kanak2 juga tidak dipandang.

Terinspirasi dengan seorang sahabat, Izza Ismail yang berada di Saudi, sangat gigih menyediakan bekal ke sekolah untuk anak2 nya, saya cuba meniru bento yang disediakan dan mendeko makanan mereka menyerupai watak komik yang pernah dilihat di televisyen.

Alhamdulillah mereka makan sambil tersenyum girang dan makanan mereka juga habis.

 
Olaf - Frozen

Minion

Adudu - Boboiboy

Sleeping bear



July 20, 2017

Memori

Bulan Ogos adalah bulan kelahiran untuk suami tercinta dan juga cinta hati saya Amirul dan Imani. Mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama. Saya ingin menyambut ulangtahun kelahiran mereka di Cameron Highland. Segala perancangan telah dibuat. Hotel telah saya tempah, kek dan juga majlis yang sederhana. Cuma hadiah belum saya fikirkan.

Harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan kekal menjadi sebahagian daripada memori saya dengan mereka. Semoga saya akan sentiasa 'ada' bersama mereka, di dalam hati mereka.

June 25, 2012

Weekenders

Semenjak saya bekerja semula, Amirul seperti memberontak, tidak suka dipegang, dipeluk, dicium. Hubby kata mungkin kerana rasa malu. Saya tidak berpuas hati. Apa yang saya nampak, dia seolah2 merajuk.. Namun, saya masih terus melayan rajuk si anak teruna ini.. Dan beberapa minggu yang lepas saya berjaya menyusun balik jadual saya, waktu kerja dan masa bersama keluarga. Hujung minggu saya khaskan untuk aktiviti bersama keluarga. Saya merancang aktiviti yang agak santai. Dua minggu yang lepas, kami bermandi manda di Marina dan minggu lepas pula beriadah di Padang Astaka, bermain layang2, kejar mengejar dan bermain bola.


Setelah berusaha untuk mengambil hatinya, malam tadi Amirul dengan tiba2 sahaja mendekati dan memeluk, benarlah sangkaan saya.. Semenjak saya bekerja, Amirul sedikit berkecil hati.. Minggu hadapan, kita akan ke Cameron Highland pula.

 

Anakku Sayang

May 12, 2012

So Sweet

Semalam saya terima sekeping kad daripada Amirul. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Amirul minta saya menutup mata, dan kad bewarna hijau sudah bertukar tangan.


Sesampai di rumah saya bercerita kepada suami mengenai 'surprise card' tadi dan Amirul menghampiri saya sambil mengucapkan terima kasih kerana "buat shushu (susu) yoi (Amirul), mandikan yoi, pakaikan baju yoi, syuap yoi makan, basuh berak yoi.. dan byk lagi". Wow!!! Baiklah anak, ibu cair.

Walaupun hasil lukisan daripada teacher, Amirul masih punya usaha untuk mewarnakan kad tu. Terima kasih anak ibu.


February 9, 2012

Ops ketam III

Semasa cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam yang lepas, saya bersama keluarga mertua berkhemah lagi di Pasir Panjang, Segari. Pada kali ini saya agak bertuah diberi peluang melihat sendiri "bodong" ikan Sembilang Karang. Bodong adalah sekumpulan ikan yang berada di pesisir pantai untuk beberapa waktu. Kebetulan pula pada waktu itu, ada jala yang berhampiran dengan kami, peluang yang ada tidak dilepaskan. Hampir sebaldi ikan Sembilang Karang yang dapat ditangkap dan dijadikan menu makanan kami sepanjang berada di sana.



Amirul yang leka bermain pasir.

Nota kaki:
1. Tangkapan ketam kali ini sangat banyak lebih dari 90 ekor.
2. Rezeki Allah s.w.t. ada di mana2, sentiasalah berusaha dan tawakkal.

January 25, 2012

CNY Program - 3

Sambungan dari CNY - 2.


Amirul Mukminin - 5 Tahun

Nota kaki:
Walau pun penat, tapi sangat2 berbaloi. OPS KETAM III akan menyusul.

CNY Program - 2

Sambungan CNY - 1, aktiviti wajib, menangkul ketam dan aktiviti tambahan kali ini ialah mencari 'yatyat', sejenis hidupan laut yang boleh dimakan. Rupanya seperti kumbang, rasanya seperti udang. Saya hanya mengenali 'yatyat' hanya di Perak.

ketam dan 'yatyat'


Jumlah ketam yang diperolehi 51 ekor.

Nota kaki:
Sebelum ini saya tidak tahu membezakan ketam fresh dan ketam yang agak lama, mungkin sehari dua yang lepas. Ketam fresh isinya  lebih pejal dan manis. Kami sangat berpuas hati dengan aktiviti keluarga kali ini.

CNY Program - 1

Pada perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, saya bersama keluarga mertua telah berkhemah di Pasir Panjang. Tujuan utama aktiviti kali ini adalah untuk menangkul ketam. Maklumat daripada bapa mertua saya yang merupakan bekas anggota polis hutan, kawasan ini adalah tempat latihan polis hutan sekitar tahun 1976.  

pemandangan sekitar kawasan perkhemahan



antara penghuni hutan

Nota kaki:
Allah s.w.t. ciptakan setiap apa yang ada di bumi ini bersebab.

January 20, 2012

Mode : Risau

Suhu badan Amirul tiba-tiba meningkat dan sudah pastilah saya harus berjaga malam. Saya basahkan seluruh badannya supaya suhu terkawal. Ubat selsema pula sudah habis. Waktu pagi, Amirul bangun bersiap untuk ke sekolah. Saya sangat risau, namun tetap berikan peluang untuk yakinkan diri, Amirul baik-baik saja. Mata dan hidung Amirul sudah mula bertukar merah, berat rasanya hati melepaskan Amirul ke sekolah. 

Walau pun perasaan berbelah bahagi, saya pujuk diri, lepaskan Amirul untuk melawan perasaannya. Jujur, saya tidak dapat menahan sedih. Mungkin begitu perasaan setiap ibu yang terpaksa meninggalkan anak untuk memenuhi tuntutan kerja. Semoga ibu-ibu terus kuat dan mendapat ketenangan hati.





My precious child,
One day, you will understand why i will always love you unconditionally till the very end. Love, love so much...

January 18, 2012

Saya suka sekolah

Amirul 4 tahun sudah minta untuk dihantar ke sekolah, teringin berkawan mungkin. Sejak dari itu, dia suka bertanya. Logiknya, baru 4 tahun dia wujud di dunia ini. Saya cuba berikan dia sedikit ruang untuk berimiginasi dan meneroka. 

Waktu pagi sebelum ke sekolah.

Balik dari sekolah.

Balik sekolah tak sempat2 tukar baju terus nak menulis.

Baca apalah tu. Kusyuk aja. A,B,C belum habis hafal lagi sayang.

Ok, siap. Nak makan nasi dah.

Saya suka sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...