Showing posts with label Motivate. Show all posts
Showing posts with label Motivate. Show all posts

July 8, 2017

Hafazan

Surah kegemaran saya setakat ini adalah Surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah. Walaupun hidup saya sentiasa diuji dengan ujian yang bewarna warni, saya seperti merasakan tiada apa yang berlaku dan mudah pula melupakan walaupun sebagai manusia biasa, ianya meninggalkan kesan di hati. Mungkin amalan surah2 terpilih ini membuatkan saya berasa tenang. 

Saya amalkan membaca surah ini di awal pagi semasa menghantar anak ke sekolah dan semasa memasak. Serius, surah2 ini sangat membantu. Saya perdengarkan surah ini kepada Amirul dan Imani. Kanak2 hatinya bersih, mudah mengingati. Alhamdulillah, adik yang berumur 4 tahun sudah boleh mengingati dan menghafal. Moga saya terus istiqomah.


February 24, 2012

Optimis VS Pesimis


Mood: Motivate diri


Optimis atau positif maksudnya pemikiran yang baik-baik sahaja dan yang ikhlas, bersangka baik dan tak perlu dipaksa-paksa. 

Pesimistik atau negatif dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa bermonolog negatif, dan melahirkan dialog negatif yang menafsirkan segalanya dari sudut yang buruk. 


Situasi 1
Apabila terdengar orang mengumpat kita.


Optimis                                                                                    
Biarlah, it's human, tak lari dari kesilapan. Just forgive.. I nak cantik depan Allah ja..  Mulut manusia tak boleh ditutup. Just be yourself and get a guidance from Quran and blessing from Allah. I really don't care..
Pesimis
Siap kau, lepas ni terimalah balasannya. Aku curik pic. kau dlm fb pastu edit jadikan Angelina Jolie.. Rasakan... Kahkah.. kahak..
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 2
Apabila orang merendah2 kan kita.

Optimis                                                                                    
Em, apalah sangat tingginya martabat dekat dunia ni. Singgahan ja, kita akan tetap balik ke rumah yang kekal, pakaian kita tetap sama, rumah kita sama kecik ja..Tak apalah, it's human.. Just forgive.
Pesimis
Kau ingat kau bagus sangat, jaga kau. Kejap lagi aku letak paku bawah tayar kete kau. Haha..Bahak..
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 3
Apabila orang tak sudi berkawan dengan kita.


Optimis                                                                                    
Tak apa, harap2 nya berkuranglah dosa aku. Tapi aku akan rasa sangat kehilangan kalau kawan2 aku tu boleh bawa aku masuk syurga, atau pun sekurang2 nya bagi aku tempias bau syurga...          
Pesimis
Ada aku kisah.. Aku tak rugi apa pun. Btw, ramai lagi kawan aku kat luar sana tu. yang boleh ajak aku pegi karaoke, shopping, sembang aka mengumpat. Tak heranlah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Situasi 4
Apabila ada orang cuba2 nak share husband kita.

Optimis - Eh..                                                                                    
No share2. Kau ingat boleh senang2 ambil my hubby... NO, NO, NO... Not now.. and forever okeh...
Pesimis - Eh..          
Tak apalah, aku redha.. Baiknya kau Jah..
                                                                      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...