Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemas Kini

Scroll ke bawah untuk post terkini


Blog ini masih dikemas kini...





July 8, 2017

Hiking lagi

Seawal jam 7.30 pagi saya sudah bertolak ke Teluk Batik untuk aktiviti 'Hiking' bersama prince charming saya, Amirul. Catatan mendaki, 45 minit dan turun 30 minit.

Minggu depan saya akan cuba mendaki dengan lebih cepat. Kali ini badan terasa lebih ringan dan selesa. Amirul juga seperti sudah biasa berbanding pada permulaan mendaki dulu.

Ramai kaum Cina yang mendaki. Kagum dengan mereka, ada yang seusia ibu saya turut juga mendaki. Manisnya bila berselisih dengan mereka, tidak seorang pun yang senyap tanpa menyapa. Saya turut memberi salam kepada kaum sebangsa saya. Amirul turut mengucapkan Salam dan 'morning untie, uncle'. Mudahnya membuat pahala.



Hafazan

Surah kegemaran saya setakat ini adalah Surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah. Walaupun hidup saya sentiasa diuji dengan ujian yang bewarna warni, saya seperti merasakan tiada apa yang berlaku dan mudah pula  melupakan walaupun sebagai manusia biasa, ianya meninggalkan kesan di hati. Mungkin amalan surah2 terpilih ini. Saya sangat2 tenang. 

Saya amalkan membaca surah ini di awal pagi semasa menghantar anak ke sekolah dan semasa memasak. Serius, surah2 ini sangat membantu. Saya perdengarkan surah ini kepada Amirul dan Imani. Anak2 hatinya bersih, mudah mengingati. Alhamdulillah, adik yang berumur 4 tahun sudah boleh mengingati dan menghafal. Moga saya terus istiqomah.


July 4, 2017

Aktiviti

Pada bulan puasa yang lepas, saya telah mendaftar untuk mengikuti kelas 'workout' untuk setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Saya hanya pergi seorang diri dan berkenalan dengan sahabat2 baru yang kebanyakan berbangsa Cina.

Setiap sabtu pagi pula, jam 8 hingga 9.30 saya dan Amirul melakukan aktiviti 'hiking' di Bukit 300. InsyaAllah saya akan terus menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti wajib untuk kami. Pergerakan dan kawalan kaki sangat bagus untuk sukan kegemaran Amirul.


Kali pertama 'hiking' selepas bercuti menyambut Aidlfitri.

June 30, 2017

Tender

Semalam saya terima satu mesej untuk 'freelance job' saya. Saya sepatutnya membuat 'write up' untuk menyertai satu tender pada cuti Hari Raya yang lepas. Sebenarnya, saya tidak mendapat info lengkap dan saya andaikan mereka tidak berminat.

Malam tadi saya agak buntu untuk menyiapkan tugasan tersebut. Saya hanya mampu bertahan sehingga jam 1.30 pagi dan tidur tanpa apa2 bahan untuk dihantar kepada mereka. dan pagi ini saya cuma mampu menyiapkan 10% sahaja. 'Submission' sebelum jam 11 pagi. Sebenarnya saya ingin menolak 'job' ini kerana terikat dengan masa. Moga saya diberi kekuatan untuk tugasan ni.

June 28, 2017

Rutin biasa

Hari ini, 4 Syawal, saya dan keluarga selamat tiba di syurga kami. Kami pulang sehari lebih awal dari hari percutian yang dirancang. Kenderaan utama kami perlu dihantar ke bengkel, ada sedikit kerosakan. Saya pula akan kembali ke rutin asal.

Berat badan telah berubah angkanya. Saya betul2 menikmati suasana berhari raya dan juga juadahnya. Masakan MIL yang tiada di tempat lain. Begitu juga ibu saya yang tanpa gagal cuba menyediakan makanan kegemaran saya. Terima kasih untuk kasih sayang itu.

Jumaat, 6 Syawal saya akan kembali ke kelas 'workout'. Sabtu pagi pula 'hiking'. Harap dapat kembalikan berat badan asal secepat yang mungkin. Badan rasa sangat tidak selesa. Bulan depan pula saya akan menyertai sukan bola jaring. Harap saya dapat melupakan semua perkara yang merunsingkan. Semoga Allah bantu saya.